Monday, April 14, 2008

Sokongan rakyat perlu untuk kejayaan kerajaan Pakatan Rakyat - Ketua Muslimat

Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menyokong penuh usaha memperkemaskini kerjasama kerajaan campuran yang telah wujud membabitkan parti-parti daripada BA dengan nama Pakatan Rakyat. -->-->
Ketuanya, Ustazah Nuridah Mohd Salleh, berkata melihat pada keputusan PRU Ke-12 dan mandat yang diberi oleh rakyat serta mengambil semangat hasrat itu, kewujudan Pakatan Rakyat amat sesuai dan menggambarkan mesra rakyat.
Beliau berkata, ia juga menunjukkan kesungguhan untuk membuat perubahan bagi mengembalikan negara pada suasana sejahtera dan adil.
Pakatan Rakyat adalah manifestasi daripada harapan rakyat yang mahu melihat kerjasama kerajaan campuran BA (PKR , PAS serta DAP), berjaya menerajui perubahan yang lebih baik untuk semua, tegasnya.
Menurut beliau, kesejahteraan negara mesti melibatkan semua tanpa mengira kaum dan pegangan agama.
"Inilah realiti yang mesti diinsafi oleh semua khususnya para pemimpin parti-parti terlibat di semua peringkat. Realiti yang memastikan bahawa agenda kepentingan dan kesejahteraan rakyat adalah yang utama," tegas beliau.
DMPP juga berharap rakyat memberi keyakinan dan kerjasama penuh kepada kepimpinan kerajaan Pakatan Rakyat termasuk memberikan teguran dan nasihat dari semasa ke semasa.
Dalam satu lagi perkembangan, DMPP sedih dan kesal terhadap apa yang berlaku kepada pelajar genius, Sufiah Yusuf seperti yang didedahkan oleh media.
Menurut Nuridah, keadaan yang dilalui Sufiah sekarang amat jauh berbeza dengan keistimewaan beliau yang pintar dalam subjek matematik sejak kecil.
Kisah Sufiah wajar menjadi pengajaran kepada ibu bapa khususnya ibu bapa Muslim, bahawa kepintaran dalam suatu bidang khusus tanpa pembinaan akhlak mulia dan akidah yang mantap sebagai benteng tidak menjamin seseorang itu menjadi insan unggul dan membanggakan.
Katanya, keunggulan dan kecemerlangan seseorang dalam Islam tidak hanya terletak kepada kepintaran tetapi kepada kemulian akhlaknya.
Hakikat ini dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al-Quran pada Surah al-Mukminun ayat 1 hingga 11 yang bermaksud bahawa antara sifat orang-orang yang berjaya dan cemerlang adalah mereka yang khusuk dalam solatnya serta menjauhi daripada perbuatan mungkar, menjaga kemaluannya daripada terjebak dengan gejala seks haram - zina iaitu memelihara maruah diri.
Beliau berkata, kemuliaan akhlak itu perlu menjadi asas utama kepada ibu bapa dalam membangun potensi akal anak-anak agar menjadi insan seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani dan intelek.
DMPP berdoa dan berharap umat Islam khususnya mereka yang prihatin dan bersama-sama beliau di luar negara dapat membantunya kembali ke pangkal jalan. - lanh


Sumber: Harakahdaily.net

Pakatan Rakyat Menang, Babi yang jadi mangsa.

Tanggal 8 Mac 2008 merupakan titik baru dalam arena politik di Malaysia. Hak rakyat Malaysia untuk memilih pemimpin yang berwibawa menerusi proses pengundian telah pun terlaksana. Detik 8.00 malam pada 8 Mac 2008, satu gelombang yang dipanggil gelombang "tsunami politik" telah pun melanda seluruh semenanjung Malaysia. Barisan Nasional yang begitu gah berkempen menggunakan media arus perdana terkena pukulan hebat akibat hentakan gelombang tersebut. Pakatan Rakyat ( PAS, PKR, DAP) diberikan kepercayaan untuk merampas 4 buah negeri di semenanjung Malaysia. Cuba anda bayangkan betapa terkejut beruk pemimpin-pemimpin BN menerima satu persatu keputusan yang memihak kepada Pakatan Rakyat. Kelantan merupakan negeri yang paling teruk dicanang untuk dirampas. Tapi, 4 negeri lain BN terlepas..... Bak kata pepatah "Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran". Dahlah terlepas 4 negeri, kelantan pun tak dapat juga dirampas. Kini isu babi pula yang menjadi isu utama pemimpin-pemimpin BN. Mereka kutuk macam-macam terhadap kerajaan Selangor (Pakatan Rakyat)mengenai isu ini. Walhal babi-babi kat Selangor ni dah wujud masa BN Selangor memerintah dulu. Bila BN Selangor dah kalah, babi pulak jadi mangsa. Mereka tuduh Pakatan Rakyat tak prihatin lah pada alam sekitar. Masa mereka dulu terjaminkah alam sekitar di Selangor? Siapa yang memusnahkan ekologi persisir pantai di Selangor? Siapa luluskan dulu lesen ternakan Babi? Dulu masa BN memerintah, tak pernah pun ada dengar masalah babi di Selangor kat dalam tv atau surat khabar. Kerajaan BN Selangor lah yang mencemarkan alam sekitar di Selangor disebabkan penternakan babi yang tidak sistemati. Kalau dah kalah buat cara dah kalah..... biar orang yang menang buat kerja mereka.... Tujuan Pakatan Rakyat untuk mewujudkan penempatan setempat babi yang termoden adalah untuk memastikan alam sekitar di Selangor terjamin. Sekiranya projek ini lulus, tiada lagi bau yang tidak menyenang di hidu, tiada lagi pencemaran air berlaku. Tapi, BN yang kolot ni mereka mengelirukan rakyat dengan menggunakan media pembodek untuk memastikan tujuan baik Pakatan Rakyat dipandang serong.... Masa BN memerintah dulu tak de pun nampak orang kampung pegang sepanduk bantah ternak babi.... Ntah berapa juta ringgit lah di suapkan dalam mulut agaknya..... ini namanya "Matlamat menghalalkan cara". Tulah....bile Pakatan Rakyat dah menang, babi yang tak bersalah pun jadi mangsanya.... Pelik betul.....